top of page
PROGRAM YANG DITAWARKAN
DIPLOMA KEJURUTERAAN PROSES (PETROKIMIA)
Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan, kemahiran teknikal yang diperlukan dalam kejuruteraan proses dan kejuruteraan petrokimia supaya dapat diadaptasikan dalam industri proses. Pendekatan pembelajaran dan latihan adalah melalui teori dan amali melalui bengkel, loji mini, simulasi proses dan makmal.
DIPLOMA KEJURUTERAAN KIMIA
Program ini bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran teknikal yang diperlukan supaya mereka boleh bersaing selari dengan perkembangan teknologi dalam bidang kejuruteraan kimia. Pendekatan latihan adalah melalui teori dan amali seperti pengoperasian bengkel, loji mini, simulasi proses dan uji kaji di makmal. Secara ilmiah, pengetahuan dalam kejuruteraan kimia terangkum dalam beberapa kursus berkaitan (Kualiti Alam Sekitar dan Kawalan Pencemaran, Tindakbalas Kimia, Kimia Organik dan Sains Bahan).
DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (PETROKIMIA)
Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan, kemahiran teknikal dan kebolehan untuk bekerja sebagai juruteknik loji di dalam industri petroleum dan petrokimia yang merangkumi bidang pengoperasian loji, servis peralatan, penyelesaian masalah dan peralatan. Pendekatan latihan yang digunakan adalah termasuk kemahiran di dalam bengkel, loji mini, simulasi proses loji dan juga makmal.
DIPLOMA KEJURUTERAAN KIMIA
DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN INSTRUMENTASI
Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan, kemahiran teknikal yang berkaitan dalam kejuruteraan elektrik dan instrumentasi terutama dalam bidang kejuruteraan petrokimia. Pelajar didedahkan dalam bentuk teori dan amali dalam operasi loji, menyelengara peralatan dan penyelesaian masalah penyelengaraan.
bottom of page