PENGENALAN
Diploma Kejuruteraan Proses (Petrokimia) dibangunkan untuk memberi penekanan terhadap keseimbangan aspek teori dan praktikal. Hal ini, selaras dengan Pelan Induk Perindustrian Ketiga (IMP3) yang bertujuan membangunkan modal insan yang inovatif dan kreatif melalui pemadanan bakat dengan kepakaran dengan permintaan pasaran, Rancangan Malaysia Ke-11 pula telah dirangka bagi menghasilkan 60% daripada 1.5 juta pekerja dalam sektor TVET.
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) bekerjasama dengan pemain industri utama dalam negara untuk membangunkan kurikulum bagi memenuhi perkembangan permintaan dalam sektor TVET.
SINOPSIS
Program ini akan mengambil masa selama enam semester; lima semester akademik di politeknik masing-masing dan pada semester terakhir, pelajar akan menjalani latihan industri di insdustri yang berkaitan. Program ini memenuhi keperluan dan syarat Lembaga Jurutera Malaysia (BEM).
Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan, kemahiran teknikal yang diperlukan dalam kejuruteraan proses dan kejuruteraan petrokimia supaya dapat diadaptasikan dalam industri proses. Pendekatan pembelajaran dan latihan adalah melalui teori dan amali melalui bengkel, loji mini, simulasi proses dan makmal.
DIPLOMA KEJURUTERAAN PROSES (PETROKIMIA)
PROSPEK PEKERJAAN
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Kejuruteraan Proses yang boleh digunakan untuk pelbagai kerjaya dalam Kejuruteraan Petrokimia. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi oleh pelajar melalui program ini akan membolehkan mereka menyertai pasaran kerja sebagai:
-
Pembantu Jurutera
-
Penolong Teknikal
-
Penolong Pengurus Perkhidmatan
-
Penasihat Perkhidmatan
-
Penyelia
-
Juruteknik
-
Pengajar atau Pensyarah Teknikal
-
Eksekutif atau Jurutera Jualan Teknikal
-
Usahawan