top of page

DIPLOMA KEJURUTERAAN KIMIA

PENGENALAN

Diploma Kejuruteraan Kimia dibangunkan untuk memberi penekanan terhadap keseimbangan aspek teori dan praktikal. Hal ini, selaras dengan Pelan Induk Perindustrian Ketiga (IMP3) yang bertujuan membangunkan modal insan yang inovatif dan kreatif melalui pemadanan bakat dengan kepakaran dengan permintaan pasaran, Rancangan Malaysia Ke-11 pula telah dirangka bagi menghasilkan 60% daripada 1.5 juta pekerja dalam sektor TVET. Sehingga kini sejumlah 69,475 (51%) daripada 136,062 graduan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) di Malaysia sedang berkhidmat sebagai pekerja professional dan mahir.

 

Sehubungan dengan itu, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) bekerjasama dengan pemain industri utama dalam negara untuk membangunkan kurikulum bagi memenuhi perkembangan permintaan dalam sektor TVET. Program ini akan mengambil masa selama enam semester; lima semester akademik di politeknik masing-masing dan pada semester terakhir, pelajar akan menjalani latihan industri di insdustri yang berkaitan. Program ini memenuhi keperluan dan syarat Lembaga Jurutera Malaysia (BEM).

 

SINOPSIS

Program Diploma Kejuruteraan Kimia direka untuk melahirkan graduan holistik yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang cekap dalam bidang kejuruteraan proses untuk memenuhi permintaan pekerja dalam sektor kejuruteraan.

Program ini bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran teknikal yang diperlukan supaya mereka boleh bersaing selari dengan perkembangan  teknologi dalam bidang kejuruteraan kimia. Pendekatan latihan adalah melalui teori dan amali seperti pengoperasian bengkel, loji mini, simulasi proses dan uji kaji di makmal.

 

Secara ilmiah, pengetahuan dalam kejuruteraan kimia terangkum dalam beberapa kursus berkaitan (Kualiti Alam Sekitar dan Kawalan Pencemaran, Tindakbalas Kimia, Kimia Organik dan Sains Bahan).

 

PROSPEK KERJAYA

Program ini memberi pengetahuan dan kemahiran berkaitan bidang kejuruteraan kimia yang boleh digunakan secara meluas dalam pelbagai kerjaya bagi bidang ini. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi oleh pelajar melalui program ini akan membolehkan mereka menyertai pasaran kerja sebagai:

  •   Pembantu Jurutera

  •   Penolong Teknikal

  •   Penolong Pengurus Perkhidmatan

  •   Penasihat Perkhidmatan

  •   Penyelia

  •   Juruteknik

  •   Pengajar atau Pensyarah Teknikal

  •   Eksekutif / Jurutera Jualan Teknikal

  •   Usahawan

DCE BARU.jpg

Carta Organisasi DCE

Amzari.png
Shamsul.png
Suriana.png
Noraini K.png
azmir.png
Rosma.png
Shamsul B.png
Hasni.png

KETUA PROGRAM (DH44)
Noorizyan binti Asimat

Izyan.png
Rahizana.png
Norbi.png
Azrin.png
Anis.png
Syuhada.png
Untitled (150 × 150 mm) (4).png
Raidah.png
Alya.png
Azini.png
Fatimah.png
Suhailah.png
kartik.png
Kartikah.png
bottom of page